TOPIC

Wednesday 30 June 2010

Apam Madu

Bismillah
Saje je nak kongsi resipi ni dgn semua. Ianya mcm resipi kek coklat kukus yg umi bg tu tapi lebih ringkas dan mudah dibuat. Resipi ini diambil dari blog resipi mesra .net, terima kasih pada yg umpunya resipi krn sudi berkongsi. minta kebenaran, sy kongsikan dlm blog ini.

Bahan-bahan:

1) 1 cwn gula
2) 2 cwn tepung
3) 4 biji telur
4) 1/2 cwn minyak mazolla ( sy guna sunflower oil)
5) 1/2 sudu kecil baking powder
6) 1/2 sudu kecil sodabikarbonat
7) 1/2 sudu kecil esen vanila (optional)
8) 1/2 cwn serbuk koko (milo pun blh rasanya) - jgn banyk sgt, pahit
9) 1 cwn air  (sy guna air sejuk - petua klu nak kuih lembut) -

Cara:

campurkan semua bahan dan kacau hingga halus, kemudian kukus sampai masak. Kalau nak bghn atas apam berkilat, setelah apam masak,buka penutup kukusan dan kukus sebentar. (ikut seperti resipi yg diberi)

-tapi saya masukkan gula kemudian masukkan sebiji telur bersama 1sudu tepung dan kacau hingga hadis 4 biji (macam nak buat kek)
-masukkan lebihan tepung, baking powder, sodabikarbonat, air sejuk, serbuk koko dan kacau lagi
- masukkan minyak dan kacau hingga halus
- nak blender atau guna mixer pun blh gak, saya kacau je then tapis dlm bekas
- kukus hingga masak, lebih kurang 45mnt-1jam (bekas besar) 15mnt-20mnt (bekas kecil2/ paper cup)

* gambar nt sy upload, bateri low*
selamat mencuba semua, sesuai utk sarapan atau minum petang, penyediaan 15mnt je.

Sunday 27 June 2010

Railway Museum Shildon

Bismillah
Museum ni agak menarik  juga sbb ianya bukan dlm satu bangunan sahaja ttp berada ditapak kwsn stesen keretepi yang pertama dibina di Shildon. Ada 8 tmpt untuk dilawati. Admission free, naik train kene bayar tp kitorg naik free je(nape? rahsia...)






Koleksi gambar twin

Bismillah


Twin 1 bulan (taken 29th n 30th Sept 2009)
Humaira baru 2 thn 2 bln (blm pandai cakap lg masa ni)


 Gambar Hari Raya 2009 (2 Oct 2009). Walaupun tanpa baba, Humaira cool je.

Friday 25 June 2010

North Pennines, County Durham

Bismillah

Hujung minggu lepas kami berkesempatan berkunjung ke kawasan ini. Ianya dianugerahkan sbg (an outstanding nuture beauty-AONB- dan geopark) daripada UNESCO. Banyak tempat yang menarik disini, antara yg sempat kami lawati ialah:

1) Raby Castle






2) High Force- Air terjun yang tertinggi di Britain, setinggi 21 meter

Twin 10 Bulan

Bismillah
 Pada tarikh 14 Jun yg lepas genaplah umur abang dan adik 10 bulan. Adik baru nak tumbuh gigi 1batang sebab tu dia asyik menggigit je. Abang pula masih 2 btg gigi. Kedua-duanya dah pandai memanjat tapi adik lebih dulu drpd abg. Adik dah cuba2 berdiri lepas tangan tp tak kuat lagi, asyik jatuh lebam sana-sini. Abg baru je boleh panjat tp dia tinggi dari adik habis la semua benda dia nak capai. Bulan lepas gi timbang adik dah 6.5kg, abang pula 8kg.

Abang Syamil- suka tersenyum nampak gigi 2 btg dan pandai bawa diri, dia hanya nangis kalau lapar je dan kekadang merengek2 sblm tido. Dia paling suka sudu dan mangkuk, tak kira la apa jenis pun. Dia suka buat bunyi, klu mama nyanyi dia mesti main musik. Kebelakangan ni dia dah pandai ngusik kakak dan adik dia, dia suka rampas barang yg ada kat tangan adik atau kakak dia, bila diorg nangis dia gelak. Semalam dia main kejar-kejar ngan kakak; kakak ambil mainan dia, dia pun merangkak-rangka kejar kakak nak ambil mainannya semula, Alisya terkukik-kukik gelak tgk abg dan kakaknya gelak. (Terhibur dgn gelagat anak-anak).




Adik Alisya- seorang yang pemalu dan manja. Suka memanjat tak kira la apapun asalkan boleh panjat, mama, baba, kakak, abang pun kena panjat juga. Suka bonding, klu didukung dia akan ddk diam melekap je kat badan kita macam kolar bear(tak macam abg, mesti meronta-ronta nak bebas) tak dapat susu pun takpe asalkan dapat dukung jadi la. Suka bebas, klu masa makan tak nak ddk dlm seater lg nak merayap keluar, minum susu pun lasak juga, masuk je susu dlm mulut terus parking je tak kira kat mana. Dah pandai buat bunyi-bunyi mulut. Badan dia kecil je tapi lasaknya kalah abang.

       Dua2 baby akan tepuk tangan bila dengar lagu tepuk amai-amai,Dah pandai panggil mama baba, bila nak susu mesti cari baba, klu nak tukar nappy cari mama la, sape lagi
.


Dunia Baru

Bismillah
          Pada tanggal 20 Julai 2007, lahirlah seorang insan yang diberi nama Nafisah Humaira, yang bermaksud sesuatu yang sangat bernilai yang kemerah-merahan. Bertepatan dengan namanya, dia merupakan cahaya merah yg dinanti dan dirindui selama ini. Beratnya ketika itu hanyalah 2.5kg sahaja kerana pada masa itu kandunganku baru berusia 37minggu. Para doktor memutuskan untuk mengeluarkannya dgn segera supaya kejadian yg sama pada kandungan yg lepas tidak berlaku. Aku dan suami bersetuju apabila dr mengataakn aku boleh bersalin normal ttp selapas 3 kali bby mengalami fetal distress, dr terpaksa membedahku untuk menyelamatkan kandunganku ini. 


gambar humaira dalam pantang

Dunia Baru

Bismillah
       Pada tanggal 14 Ogos 2009 kandunganku baru menjelah 35 minggu 1hari, pada hari ini dr.Emi telah mengesahkan untuk membedahku walaupun pada masa itu 'nebulizer' (rasanyakot, tak ingt sgt namanye) hanya ada 1shj sepatutnya 2, ttp ada kes emergency lain(kembar 3) yg terpaksa didahulukan. Aku terkedu dan tawakkal sahaja bila diberitahu mengenainya. Dr.Emi(pakar yg merawatku sejak dari mula kandungan) minta aku banyak berdoa smg kedua2 kandunganku selamat dgn harapan hanya seorang shj yg akan memerlukan alat tersebut. 
     
       Terlalu banyak dugaan yg aku tempuhi sendirian sblm kandunganku dilahirkan, aku hanya tabahkan hati dan berserah sepenuhnya pada ilahi. Hanya itu yg aku mampu lakukan tika itu, dr pun tidak memberikan sebarang harapan padaku, banyak2 doa moga segalanya lancar dan selamat katanya.
      
        Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan selamat dan kedua2 bby tidak memerlukan alat bantuan pernafasan(nebulizer) dan hanya adik shj(sikecil) yg perlu dimasukkan ke dlm incubator kerana beratnya hanya 1.5kg sedangkan abang 1.8kg, syukur kedua-duanya sihat.

Gambar Akmal Syamil semasa baru dilahirkan. Hanya sebesar lengan mama (1.8kg)