TOPIC

Sunday 15 August 2010

Hukum Wanita Menyentuh dan Membaca Al-quran Ketika Haid

Persoalan wanita haid membaca al-quran.
 
[A] Pendapat Yang Melarang Sentuh dan Baca

Ada pendapat mengqiyaskan keadaan perempuan haid sama seperti keadaan berjunub. Selain itu pendapat yang mengharamkan turut menyandarkannya pada firman Allah:

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (al-Mutatahharun). [al-Waqiah 56:79]

Dan juga berdasarkan hadis-hadis antaranya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci. [ Hadis daripada ‘Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Itihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld. 1, ms. 77-82. Dinukil daripada buku Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa.]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Tidak boleh membaca sesuatu ayat Al-Quran bagi orang junub dan tidak pula perempuan-perempuan haid. [Hadis daripada Ibnu Umar. Diriwayatkan at-Tirmidzi;Ibn Majah dan al-Baihaqi. Dikeluarkan oleh Imam an-Nasa'I di dalam Sunannya no.588 dan at-Termidzi didalam sunanya no.121). Lihat juga Fiqh Syafii, jilid 1, Haji Idris Ahmad S.H.]

[B] Pendapat Yang Membolehkan

Berpegang kepada kaedah bahawa perempuan yang haid boleh melakukan apa sahaja kecuali terdapat dalil qath’I (tepat) melarangnya. Terdapat dalil-dalil jelas melarang perempuan haid bersolat, bersetubuh, berpuasa dan melakukan tawaf. Namun tidak terdapat dalil jelas melarang perempuan haid daripada menyentuh dan membaca al-Quran.

Kelemahan Dalil Yang Melarang

1. Tidak boleh diqiyaskan keadaan haid dengan keadaan junub.

a. Qiyas hanya untuk mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak terdapat di zaman turunya wahyu. Perkara baru yang wujud selepas kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (tiada pada zaman Nabi), maka disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Manakala haid bukanlah perkara baru. Haid sememangnya wujud zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sekiranya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melarang perempuan haid daripada menyentuh dan membaca al-Quran maka tidak perlu diwujudkan larangan tersebut.

b. Haid dan junub adalah dua perkara berbeza. Seseorang yang berada dalam keadaan junub boleh membuat pilihan samada untuk berada dalam keadaan junub ataupun tidak. Boleh juga memilih untuk keluar daripadanya (dengan mandi wajib) pada bila-bila masa. Sedangkan haid bermula dan berakhir tanpa pilihan. [ Lihat juga Fiqh Perundangan Islam, Dr. Wahbah Zuhaili (bab perbezaan atara haid dan junub), DBP, JIL. 1, ms.451]

2. Al-Mutatahharun di dalam Surah al-Waqiah, ayat 79 merujuk kepada Malaikat. [Al-`Awfi meriwayatkan daripada Ibn `Abbas, Tafsir Ibnu Kathir (Allah Bersumpah Keatas Kehebatan Al-Quran)]

Seperti mana dapat dilihat pada keseluruhan ayat:

Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80]

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci. Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi‘in sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jamii al-Bayan [Dar al-Fikr, Beirut 1999, riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut), jld. 5, ms. 463-464.]

3. Perkataan ‘suci’ (al-Taharun) di dalam hadis “Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.” memiliki banyak makna.

Mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut. [Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Hafiz Fidaus Abdullah, Jahabersa]

Perkataan suci tersebut boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing.

4. Kelemahan Hadis “Tidak boleh membaca sesuatu ayat Al-Quran bagi orang junub dan tidak pula perempuan-perempuan haid.”

Hadis ini dhaif kerana perawinya yang bernama Ismail bin 'Ayasy, ia dipercayai oleh penduduk Syam (Syria) tapi dha'if di sisi ahli Hadith di Iraq dan Madinah-Mekah. [al-Mubarakfoori, Tuhfah al-Ahwadzii].

Berkata Imam al-Nawawi r.h:

Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas.
[Majmu’ Syarh al-Muhazzab (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).]


Hadis tersebut memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya dhaif. Sheikh al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain. Beliau juga mengatakan hadis-hadis dalam bab orang junub/haidh tidak boleh membaca al-Quran semuanya tidak sah dijadikan dalil termasuk hadith Ibn Umar ini. [Tamam alMinnah].

Dr. Yusuf al-Qardhawi juga berpendapat hadith ini juga adalah dhaif dan tidak sah dijadikan dalil. [Fiqh Thaharah, Maktabah wahbah, ms. 242]


Kesimpulan

Pendapat B lebih rajih (jelas), pendapat ini turut disokong oleh Imam As-Syaukani. Selain itu ia juga praktikal. Allah telah berfirman:

Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]

Individu Muslim yang bertakwa memerlukan al-Quran sebagai petunjuk dan panduan, ini tentunya merangkumi setiap masa dan keadaan termasuklah ketika haid. Maka dengan itu al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang perempuan haid daripada menyentuh maupun membaca al-Quran ketika haid.Walaubagaimanapun, untuk mengambil jalan tengah kita boleh menggunakan al-quran yang mempunyai  terjemahan sebagai alternatif.


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.[al-Isra' 17:36]
 

Thursday 12 August 2010

Rahsia Buah Tamar

Bismillah
         Buah tamar sangat sinonim dengan bulan puasa dan nabi kita s.a.w juga menggalakkan umat islam berbuka dengan tamar. Menurut riwayat Ibn majah, nabi bersabda yg bermaksud: 
     
       "Apabila seseorg berbuka puasa, berbukalah dgn tamar. Apabila tiada memperolehinya,  
       berbukalah dgn air kerana air itu pembersih"

       Menurut satu kajian yg dimuatkan dalam International Journal of Food and science Nutrition, buah tamar merupakan makanan yg ideal kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yg bermanfaat untuk kesihatan manusia. Ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dgn vitamin, mempunyai kadar karbohidrat yg tinggi iaitu 44-88%, kadar serat antara 6.4-11.5%, kadar protein antr 2.3-5.6% dan dibina drpd 23 jenis asid amino yg kebanyakannya tidak ditemui dalam buah2an yg lain, kadar lemak antr 0.2-0.5% dan minyak antr 0.2-0.5%. 
Selain itu buah tamar juga mengandungi selenium (sejenis bahan yg diperlukan oleh sistem pertahanan badan yg mamapu mencegah kanser).

       Jesteru itu, sama-samalah kita mengikut sunnah nabi dgn berbuka dgn buah tamar. Ianya bukanlah satu amalan yg kolot ataupun ketinggalan zaman, bahkan ianya memberi manfaat yg besar kepada kesihatan manusia. Sunnah nabi bersesuaian sepanjang zaman kerana ianya datang dari Maha Pencipta yg lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hambanya.

Sumber : Quran Saintifik, Dr.Danial Zainal abidin





Thursday 5 August 2010

creamy mushroom soup

Bismillah
 Intro:
Kebetulan semua masih dlm selimut lg, cuaca pun cantik, tenang dan damai, boleh la saya kongsikan resipi yg sy telah modified sesuai ngan citarasa keluarga. Menu ni mmg favorite saya kat Msia dulu, klu gi market wajib la beli instant mushroom soup n gi pizza hut ni la yg saya tunggu2. Bagi penggemar sup ni, blh la cuba sendiri lepas ni n impress your guest your homemade creamy mushroom soup. Mari kita tgk resipi yg mudah ni.

Bahan-Bahan:(4 -5 org )
1. 5-6 butir  cendawan -(klu blh cendawan putih)
2. 4 cwn                  stok ayam (air rebusan ayam)- guna kiub ayam lg senang
3. 1/2 biji                bawang besar- mayang (potong nipis)
5. 2 ulas                 bawang putih- ketuk
4. 1 sudu kecil       mix herb
5. 3-4 sudu besar butter/minyak
6.  2 sudu besar   tepung gandum
7.  1 bekas            whipping cream
8. 5-6 ketul            ayam potong dadu -optional
9. 1 biji                  kentang potong dadu- optional
10. garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
110 oregano (utk aroma)

Cara-cara:

1. Bersihkan cendawan dan asingkan batangnya, cincang cendawan besar2 dan batangnya tumbuk2 hingg keluar jus.

untuk Stok Ayam:
2. Masuk kan batang cendawan yg ditumbuk tadi, bawang besar, bawang putih, tulang ayam, kulit ayam, kiub ayam, air dan mix herb dalam periuk. Masak hingga mendidih dan lama sikit hingga kuah nampak berminyak, padamkan api.

untuk Sup Cendawan:
3. Dalam periuk lain, panaskan butter dan masukkan tepung sambil dikacau hingga tepung sebati dgn butter dan pekat (klu tepung berketul, tambahkan lg butter), kecilkan api
4. Kemudian masukkan whipping cream dan kacau hingga rata dan mendidih. Masukkan isi ayam, cendawan cincang dan kentang.
5. Tapis air rebusan tadi dan masukkan dalm periuk sup. Kacau rata.
6. Bila ayam dah masak dan kentang dah lembut, tunggu mendidih dan perasakn dengan garam dan serbuk lada hitam.
7. Utk naikkan lg aroma sup, masukkan secubit oregano dan daun sup (cincang).
8. Tunggu sup mendidih barulah matikan api. Dan boleh dihidangkan.
* klu nak lg pekat, blh lah ditambah bancuhan tepung jagung ketika sup mendidih dan kacau supaya tak bergentel. Jgn masuk bynk sgt, sup ni nampak cair masa panas klu dah sejuk kuahnya akan bertambah pekat*
* untuk kuantiti air blh diadjust, klu nak banyak blh la ditambah air pada air rebusan tadi ataupun rebus 2-3 kali bhn2 rebusan tadi dgn air baru sahaja.

- makan ngan roti bawang putih lg sedap. Roti sy buat sendiri guna bread maker. Boleh juga guna roti perancis.


Resipi Garlic Bread Simple (drpd kawan Durham)

 3-4 ulas bawang putih - tumbuk
butter secukupnya
oregano

-roti potong serong, sapukan semua bahan pada permukaan roti dan bakar 10 mnt, sehingga agak garing blh la dihidangkan. Guna roti biasa pun blh gak, cuma tak rasa kenyal2 cam garlic bread je. Takpe yg penting senang dan sedap.

SELAMAT MENCUBA

Ahlan ya Ramadhan

Bismillah
Alhamdulillah, insya Allah minggu dpn kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan yg membawa seribu keberkatan dan ditunggu-tunggu sepanjang tahun. Padanya rahmat, barakat dan maqfirat. Selamat berpuasa semua kami ucapkan.
Kami kat sini tak terasa pun kehangatannya, cuma mama je yg dah start posa (pulun ganti posa thn lps), insya Allah hari ni last.
Kami posa kat sini agak lama gak, subuh kul 2.30 + dan maghrib kul 8.49 pm pada hr pertama dan kurang 2 mnt bg hari2 yg berikutnya. Lebih kurang 18 jam gitu. Tapi mama dah biasa posa sampai 20 jam +-, dah tak kisah dah, ni kira awal la waktu iftarnya.

Kalau nak hantar kue raya (mmg dialu-alukan), hantar kue tradisional je cam kerepek2, bahulu, maruku bulat, serunding tak yah (stok dulu ada lagi). Kue-kue moden tak yah la, blh buat kat sini lgpun tukang makan takde. Kakak suka yg ada coklat je, klu takde coklat apa pun dia tak nak makan.(hari tu buat muffin epal + badam, dia kutip badam je yg lain tu habis dia kitai2 atas lantai, geram betul).

Ha lg satu, nasi impit/ lontong segera pun tak yah gak, mama dah pandai buat sendiri, homemade nasi impit. (itu la antara kelebihan ddk sini, pandai explore sendiri,,hihihi)

Akhir kata buat semua SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN KEBERKATAN.

Monday 26 July 2010

Happy Birthday Kakak

Bismillah 20 Julai 2010 genap la kakak 3 thn. Moga kakak sentiasa ceria dan bahagia selalu.
happy birthday sweetheart!

Wednesday 30 June 2010

Apam Madu

Bismillah
Saje je nak kongsi resipi ni dgn semua. Ianya mcm resipi kek coklat kukus yg umi bg tu tapi lebih ringkas dan mudah dibuat. Resipi ini diambil dari blog resipi mesra .net, terima kasih pada yg umpunya resipi krn sudi berkongsi. minta kebenaran, sy kongsikan dlm blog ini.

Bahan-bahan:

1) 1 cwn gula
2) 2 cwn tepung
3) 4 biji telur
4) 1/2 cwn minyak mazolla ( sy guna sunflower oil)
5) 1/2 sudu kecil baking powder
6) 1/2 sudu kecil sodabikarbonat
7) 1/2 sudu kecil esen vanila (optional)
8) 1/2 cwn serbuk koko (milo pun blh rasanya) - jgn banyk sgt, pahit
9) 1 cwn air  (sy guna air sejuk - petua klu nak kuih lembut) -

Cara:

campurkan semua bahan dan kacau hingga halus, kemudian kukus sampai masak. Kalau nak bghn atas apam berkilat, setelah apam masak,buka penutup kukusan dan kukus sebentar. (ikut seperti resipi yg diberi)

-tapi saya masukkan gula kemudian masukkan sebiji telur bersama 1sudu tepung dan kacau hingga hadis 4 biji (macam nak buat kek)
-masukkan lebihan tepung, baking powder, sodabikarbonat, air sejuk, serbuk koko dan kacau lagi
- masukkan minyak dan kacau hingga halus
- nak blender atau guna mixer pun blh gak, saya kacau je then tapis dlm bekas
- kukus hingga masak, lebih kurang 45mnt-1jam (bekas besar) 15mnt-20mnt (bekas kecil2/ paper cup)

* gambar nt sy upload, bateri low*
selamat mencuba semua, sesuai utk sarapan atau minum petang, penyediaan 15mnt je.

Sunday 27 June 2010

Railway Museum Shildon

Bismillah
Museum ni agak menarik  juga sbb ianya bukan dlm satu bangunan sahaja ttp berada ditapak kwsn stesen keretepi yang pertama dibina di Shildon. Ada 8 tmpt untuk dilawati. Admission free, naik train kene bayar tp kitorg naik free je(nape? rahsia...)