TOPIC

Friday 25 June 2010

Dunia Baru

Bismillah
       Pada tanggal 14 Ogos 2009 kandunganku baru menjelah 35 minggu 1hari, pada hari ini dr.Emi telah mengesahkan untuk membedahku walaupun pada masa itu 'nebulizer' (rasanyakot, tak ingt sgt namanye) hanya ada 1shj sepatutnya 2, ttp ada kes emergency lain(kembar 3) yg terpaksa didahulukan. Aku terkedu dan tawakkal sahaja bila diberitahu mengenainya. Dr.Emi(pakar yg merawatku sejak dari mula kandungan) minta aku banyak berdoa smg kedua2 kandunganku selamat dgn harapan hanya seorang shj yg akan memerlukan alat tersebut. 
     
       Terlalu banyak dugaan yg aku tempuhi sendirian sblm kandunganku dilahirkan, aku hanya tabahkan hati dan berserah sepenuhnya pada ilahi. Hanya itu yg aku mampu lakukan tika itu, dr pun tidak memberikan sebarang harapan padaku, banyak2 doa moga segalanya lancar dan selamat katanya.
      
        Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan selamat dan kedua2 bby tidak memerlukan alat bantuan pernafasan(nebulizer) dan hanya adik shj(sikecil) yg perlu dimasukkan ke dlm incubator kerana beratnya hanya 1.5kg sedangkan abang 1.8kg, syukur kedua-duanya sihat.

Gambar Akmal Syamil semasa baru dilahirkan. Hanya sebesar lengan mama (1.8kg)


No comments:

Post a Comment